By Wan Saleh
Published May 12, 2021 in Audio Interface, Hardware

Audio Interface Mewah Terbaik

Antaramuka audio bangsawan yang terbaik di dunia. Bukan untuk kita golongan marhaen ni. 😩

Β·
Last updated 3 months ago
Audio Interface Mewah Terbaik

Audio Interface dari Universal Audio, Apollo

Audio interface. Mungkin peranti utama yang perlu didapatkan semasa membina sebuah studio. Tak kira studio rumah, semipro, atau studio profesional, audio interface adalah keperluan dan wajib ada.

Bila kita berbincang tentang pengeluar-pengeluar terbaik dalam bidang audio interface ni, nama-nama seperti RME, Universal Audio (UAD), Apogee, Antelope Audio, AVID dan Mark of the Unicorn (MOTU) akan disebut-sebut. Ini kerana reputasi yang mereka bina dalam pembuatan peranti ini telah bertahun-tahun diuji dan mereka terbukti merupakan antara pengeluar terbaik audio interface.

Untuk membuat perbandingan antara audio interface sebelum membuat keputusan untuk membelinya, beberapa faktor perlu kita utamakan:

  1. Conversion/penukaran dari analog ke digital (ADC) dan digital ke analog (DAC). Selalunya audio interface high end mempunyai conversion yang top-notch.
  1. Bilangan/kualiti preamp dalaman. Preamp dalaman audio interface high end biasanya adalah preamp-preamp yang cukup baik untuk rakaman sumber secara amnya.
  1. Bilangan port input-output (I/O ports). Berapa input (untuk merakam) berapa output (untuk ke monitoring atau ke outboard hardwares).
  1. Jenis sambungan antaramuka ke komputer. Adakah ianya USB, Firewire ataupun Thunderbolt? Ataupun mungkin LAN?

RME Fireface UFX+

RME Fireface UFX+
RME Fireface UFX+

Ini mungkin interface terbaik di dunia pada saat artikel ini ditulis. RME sudah terkenal selama berdekad-dekad sebagai pengeluar antara peranti yang terbaik dan paling stabil. Bayangkan interface keluarannya pada awal 2000, masih menjadi interface utama di banyak studio. AD/DA conversionnya antara yang terbaik di dunia. Kestabilan hardware dan softwarenya mengukuhkan reputasi syarikat ini. Update driver dirilis secara kerap. Fireface UFX+ adalah interface flagship keluaran RME, dan tak dapat disangkal, inilah interface terbaik dari RME.

Mengapa saya kata RME Fireface UFX+ adalah interface terbaik di dunia sekarang. Semata kerana bilangan I/O (110 input maksimum 🀯) yang pasti mencukupi untuk sebuah studio besaiz sederhana hinggalah studio profesional yang besar. Interface ini disambung ke komputer anda dengan USB 3.0.

Harga: RM 14,000

Universal Audio Apollo X series

UAD Apollo X merupakan siri antaramuka audio utama Thunderbolt 3 dari UAD, yang menampilkan penukaran A/D dan D/A kelas elit, pemprosesan plug-in HEXA Core UAD baru, clocking Dual-Crystal, preamp mikrofon Unison, operasi +24dBu, surround monitoring, dan banyak lagi. Semua dalam pakej Thunderbolt 3 yang hebat dan boleh ditambah untuk Mac dan PC. Unison preamp ini adalah satu ciri yang membuatkan siri interface ini antara yang terbaik di dunia, di samping kehebatan conversionnya.

Mungkin interface ini kalah dengan RME Fireface UFX+ hanya kerana bilangan I/O yang disokongnya. Semua barisan interface Apollo X menggunakan sambungan Thunderbolt 3.

Harga: RM 16,000

Antelope Orion Studio Synergy Core

Orion Studio Synergy Core membawa platform pemprosesan Synergy Core FX yang baru ke peringkat evolusi seterusnya. Dengan dua cip Field Array Programmable Gate Aray (FPGA) proprietari dan enam pemproses DSP berasaskan ARM, computing power yang terdapat dalam antaramuka ini sangat mengagumkan. CPU komputer anda tidak akan dikacau langsung dan semua pemprosesan audio akan dilakukan oleh Synergy Core. Pilihan sambungan ke komputer dengan dua bentuk: USB 2.0 atau Thunderbolt 3.

Harga: RM 13,000

Avid Pro Tools | Carbon

Pro Tools | Carbon adalah interface terbaru dalam senarai ini. Pro Tools | Carbon adalah antaramuka audio pertama yang telah direkabentuk oleh Avid sendiri sejak HD IO dan HD Omni sekitar 10 tahun yang lalu. Selama ini, Avid menawarkan hardware berjenama tetapi ini telah dihasilkan dengan kerjasama syarikat lain seperti DAD dan Apogee. Akan tetapi, Pro Tools | Carbon adalah reka bentuk dan buatan Avid sendiri. Apabila disatukan dengan Pro Tools 2020.11 yang terbaru, ia menawarkan beberapa ciri baru yang sangat menarik dan sangat diperlukan.

Ia menggabungkan native CPU dan acceleration HDX DSP untuk prestasi maksimum, membolehkan anda menggunakan lebih banyak plugin berbanding sebelum ini dengan monitoring tanpa latensi. Pro Tools | Carbon disambung ke komputer anda melalui AVB, yang menawarkan latensi rendah dan aliran audio ketepatan 32-bit float. AVB (Audio Video Bridging) adalah extension kepada standard Ethernet yang direka untuk memberikan kualiti audio yang terjamin, yang bermaksud bahawa sampel audio akan sampai ke tempat tujuan tepat pada waktunya.

Harga: RM 16,500

Apogee Ensemble

Apogee telah menggunakan setiap kepakaran audio digital mereka ke dalam Ensemble Thunderbolt yang direka semula, lalu meletak satu standard baru untuk kualiti audio, prestasi, dan fungsi. Dengan menggunakan teknologi Thunderbolt 2 yang pantas, Ensemble Thunderbolt memberikan latensi ultra rendah dan kecekapan CPU yang sukar ditandingi, yang membolehkan anda memonitor dengan lebih berkesan, merakam lebih banyak trek, dan memproses lebih banyak plugin. Lapan preamp mikrofon Ensemble Thunderbolt dan converter AD/DA premium memberikan anda kualiti audio yang luar biasa yang anda selalu harapkan dari Apogee. Tapi seperti biasa sejak mula Apogee menghasilkan interface, peranti ini hanyalah untuk kegunaan Mac sahaja.

Harga: RM 10,500