By Wan Saleh
Published May 3, 2021 in Microphone

Mikrofon Kondenser Lagenda

Inilah mikrofon-mikrofon yang kita idam-idamkan. 🎙️ 🥰

·
Last updated 6 months ago
Mikrofon Kondenser Lagenda

Foto ikonik Frank Sinatra merakam vokalnya menggunakan mikrofon klasik Neumann U 47 di Capitol Records, Los Angeles. Sesi rakamannya dijaga oleh jurutera lagenda, mendiang Al Schmitt.

Mikrofon merupakan elemen terpenting dalam rakaman audio. Ia menukar gelombang bunyi ke isyarat elektrik yang bergerak ke penerima apa pun, sama ada pengadun (mixer) atau antaramuka audio (audio interface).

Mikrofon merupakan elemen terpenting dalam rakaman audio. Ia menukar gelombang bunyi ke isyarat elektrik yang bergerak ke penerima apa pun, sama ada pengadun (mixer) atau antaramuka audio (audio interface).

Untuk kegunaan studio, mikrofon yang selalu digunakan ialah Kondenser Diafragma Besar atau Large Diaphragm Condenser (LDC). LDC mempunyai keupayaan untuk menangkap sumber bunyi dengan lebih efisyen dan luas. Senarai di bawah adalah mikrofon-mikrofon yang paling dicari, mahal harganya, hebat bunyinya dan layak mendapat status legenda. Anda boleh juga baca artikel tentang mikrofon dinamik terbaik.

Neumann U 47

Model U 47 antik dari tahun 50-an, dikeluarkan oleh Neumann dan dipasarkan oleh Telefunken, telah menjadi mikrofon studio yang paling dikenali dan terkenal sepanjang masa atau seperti yang disebut oleh kebanyakan jurutera - “holy grail” dari kalangan mikrofon tiub (tube). Ia sesuai untuk apa saja source dan instrumen. Kehebatannya disebabkan oleh kemampuannya untuk menangkap presence vokal lebih baik dari mikrofon lain.

U 47 adalah mikrofon kondensor pertama di dunia yang boleh ditukar corak kutub bunyinya (kardioid dan omnidirectional)

Harga: ~RM 36,000

ELA M 251

Antara LDC terbaik yang pernah dihasilkan sepanjang zaman. Sebenarnya dibina oleh AKG, dibawah permintaan oleh Telefunken, menggunakan kapsul ternama dari mereka, CK12, mikrofon ini telah dipasarkan menggunakan jenama Telefunken. Pada tahun 1959 ELA M 251 / 251E diperkenalkan ke dunia. Walaupun hanya dalam pengeluaran dari 1959 hingga 1962, Telefunken ELA M 251 dianggap sebagai salah satu mikrofon yang mempunyai bunyi terbaik yang pernah wujud di dunia.

Harga: ~RM 40,000

Neumann U 67

Neumann U 67 adalah mikrofon LDC pelbagai corak kutub dengan topologi tube-and-transformer. Ia diperkenalkan oleh Neumann pada tahun 1960 dengan tujuan untuk menggantikan U 47 di barisan produk Neumann. Menggunakan kapsul K67 yang memberikan apa yang dikatakan the Neumann sound.

Harga: ~RM 30,000

Neumann U 87

Antara sebab mengapa Neumann U 87 menjadi kegemaran studio adalah kerana kebolehpercayaannya. Jarang sekali U 87 akan mengalah. Ia juga memberikan warmness unik yang membolehkan nadanya duduk dengan baik dalam mix. Walaupun Neumann U 87 telah dibuat semula dan dibangun kembali dengan cara baru yang unik selama bertahun-tahun, versi klasik masih mengekalkan kualiti bunyi yang tinggi yang tiada tandingannya. Sebab ketiga: ia sangat fleksibel. Rakamlah apa pun. Pasti hasilnya mantap.

Harga: ~RM 15,000

Sony C-800G

Tiada satu pun mic ini digunakan di Malaysia, setahu saya. Maklumlah dengan harga "pembunuhnya" yang boleh membeli sebuah Perodua Myvi. Mikrofon ini adalah yang paling berkarakter "siap", bermaksud selalunya vokal penyanyi akan sedia cemerlang, terang, dan present tanpa perlu banyak post-processing. Mikrofon ini popular dalam produksi pop dan R&B oleh artis seperti Dr. Dre, Mariah Carey, R. Kelly, Kelly Clarkson dan banyak lagi. Juga menggunakan kapsul K67 keluaran Neumann.

Harga: ~RM 44,000

AKG C12

AKG C12 adalah salah satu mikrofon tiub yang paling terkenal dan dicari-cari dalam sejarah rakaman audio. Collectors item ini sangat rare dan jurutera di seluruh dunia menyukainya kerana bunyinya yang hebat dan unik. Kini, AKG menghasilkan C12 VR (dalam gambar) yang merupakan faithful recreation yang luar biasa, dengan spesifikasi bunyi dan distorsi baru yang dioptimumkan untuk memenuhi kehendak moden. Lebih lasak, kurang rentan terhadap gangguan hum, dan noise floor yang sangat rendah - anda akan kagum dengan bunyi klasik yang dihasilkan oleh mikrofon ini.

Harga semasa: ~RM 25,000

Neumann M 149

M 149 adalah mikrofon LDC dengan ciri corak kutub pelbagai dan bunyi warm yang sangat mantap untuk persembahan vokal. M 149 Tube adalah versi moden mikrofon M 49 terkenal keluaran Neumann. Seperti pendahulunya, ia menggunakan kapsul diafragma besar K47 / 49 dalam headgrill yang terbuka secara akustik. M 149 adalah mikrofon studio universal dengan 9 🤯 corak kutub yang boleh dipilih. Litar tiub tanpa transformer yang inovatif memastikan bunyi yang optimum dengan noise floor yang paling rendah.

Harga: ~RM 25,000

AKG C414

Kisah C414 bermula pada tahun 1953, ketika AKG memperkenalkan kapsul mikrofon CK12, memasukkannya ke dalam mikrofon kondensor C12. Model injap ini menjadi standard industri dan kini menjadi salah satu yang paling dicari dan mahal dari semua mikrofon injap vintaj. Menjelang akhir tahun 60-an, transistor mula mengganti injap dalam banyak produk audio, memberi inspirasi kepada AKG untuk membina mikrofon solid state C 412, yang menggunakan teknologi semikonduktor (FET) bersama dengan kapsul CK12 yang sangat digemari. Namun, C 412 berumur pendek, kerana tiga corak kutub yang tersedia - omni, cardioid dan figur-8 - dianggap tidak mencukupi oleh BBC, salah satu pelanggan terbesar AKG. AKG bertindak balas dengan menambahkan corak keempat - hypercardioid - dan dengan itu, pada tahun 1971, C 414 dilahirkan.

AKG C414 XLS
AKG C414 XLS
AKG C414 XLII
AKG C414 XLII

Harga: ~RM 6,500